Hari ini tergerak untuk masuk kat search google dan nama yang aku taip adalah AWYX..aku tak tau kenapa aku dengan mudah menaip nama dia..Bila keluar blog tentang dia,aku tersenyum sbb aku tau dia sudah mula menulis kembali dan aku boleh mengetahui apa yang dia sedang lakukan kan sekarang..bila aku teliti segala apa yang dia luah kan, there was one part bila dia kata dia dah jumpa seseorang yang boleh buat dia gembira dan tenang berasa disamping org tu..aku tersenyum lagi bila dia kata dia bahagia..itu sahaja yang mampu aku abuat senyum untuk dia..
Sekarang hati aku rasa sedih sangat tambah-tambah cuaca hari ni(hujan sepanjang hari seperti tangisan di dalam hati ku sekarang).Aku tak tau kenapa aku asyik mimpi kan dia..mungkin aku rindu pada dia..aku nak bagitau dia sesuatu yang aku dah lama nak bagitau dia..tapi aku takut dia tak kan terima dan tak boleh terima apa yang aku ingin terang kan pada nya.Selagi aku tak jumpa dia dan berterus terang aku akan rasa bersalah padanya kerana aku, dia terpaksa melalui kehidupan yang begini..kalau lah aku tidak setuju dgn kata KAWAN aku ni mesti ini semua tak kan terjadi..segala janji aku antara AWYX terpaksa aku lupakan..sedangkan aku bukan lah org yang mudah lupa pada janji..tapi aku terpaksa..SAYANG AWYX TAK PERNAH TAHU PUN KENAPA AKU TIBA-TIBA BUAT BEGINI..Sbb aku syg kan dia aku terpaksa buat begini..
walaupun benda ini telah berlalu 2 tahun tapi aku masih ingat semuanya..segala kenangan AWYX xpernah padam dalam hati dan ingatan aku..xpernah sama sekali..Ketika dia sakit,aku lah yang sanggup bersengkang mata merawat dia daripada kawan aku sendiri..Kalau lah AWYX tahu aku sebenarnya berkecil hati dengan dia,sbb sepanjang aku bersama dia,dia hanya pandang KAWAN aku sebagai yang terbaik..walaupun banyak kali KAWAN aku ni beri layanan buruk terhadap dia..Aku hanya sebagai tempat dia lepas kan segala masalah dan ketika dia bersedih..tapi aku tak kisah sbb dia diAMANAHkan oleh ibu dan ayah nya kepada aku dan KAWAN aku ni..tp bila aku renung balik macam aku pulak yang pemengang AMANAH pertama namun aku tak kisah sbb dia hny lah seorang budak ketika itu..
Oleh kerana aku rasa dia tidak lah menyayangi ku aku setuju dengan rancangan kawan aku ni..maka bermula lah segalanya hingga malam perpisahan tu..Mungkin dia ingat aku memang sahaja buat mcm ni kat dia..tak apa lah,kalu lah dia baca blog aku ni..Aku nak dia tahu aku masih sayang dia macam dulu..sbb dia adalah BABY pertama aku..aku jaga dia,tatang dia bagai minyak yang penuh,rawat dengan penuh kasih sayang ketika dia sakit..kalau dia ingat lagi satu malam saat dia bersedih di Terengganu akibat Kawan aku ni sanggup tinggal kan dia di tempat asing,aku bersama dia dan aku berjanji dgn dia yang aku tak kan tinggal kan dia dan itu memang janji ikhlas ku pada dia..Aku nak dia fikir ADAKAH AKU BENAR-BENAR MELUKAI HATI NYA DENGAN TIBA-TIBA?Aku berharap sgt dia dapat FLASH BACK segala nya dan buat kesimpulan yang baik..Hingga saat ini aku masih berdoa agar Allah ketemukan antara aku dan dia untuk merungkai segalanya..
Aku mohon agar Harapan Aku Ini Bukan lah Sekadar Tinggal Harapan..